Thursday, August 25, 2011

ADAB BERMUSAFIR ikut Sunnah Rasulullah

Salam Ramadhan & Syawal yang akan menjelma,
ni gambar saya dari blog lagi satu
http://renaultclubmalaysia.blogspot.com/

Harus ramai yang dah tak sabar-sabar dan excited nak balik kampung raya kan? Meh nak share sikit ilmu, so kalau rasanya ia bermanfaat, sama-samalah share dengan orang lain pulak ye.

Antara perbuatan/sunnah Rasulullah dalam bermusafir ni
  • Beliau suka musafir pada hari Khamis dan bukan Jumaat
  • Melantik ketua jika perjalanan 3 orang atau lebih
  • Solat sunat musafir 2 rakaat sebelum bergerak
  • Membaca doa sewaktu keluar rumah, naik kenderaan.
  • Banyakkan zikir & istighfar & nyanyian ingati Allah semasa dalam perjalanan
  • Menyebut "Allahu Akbar" jika kenderaan MENAIKI perbukitan
  • Banyak bertasbih sewaktu kenderaan MENURUNI perbukitan
  • Membeli hadiah/buah tangan utk mereka yg di destinasi (keluarga)
  • Sujud syukur sewaktu tiba di destinasi 


Rasulullah juga ada menyebut (dlm satu hadis panjang), makna nya "Orang yang akan sampai ajalnya, akan sangat teringin untuk ke tempat di mana dia akan menemui ajalnya itu" . Maka, peringatan Rasulullah itu, ambillah iktibar sebaiknya ye.
ikut peraturan dan hadlaju ye. Akhlak di jalanraya pun jaga.
kalau kena saman, rugi lagi.. duit tu bule belanja anak2
http://renaultclubmalaysia.blogspot.com/ 

Ohh. satu lagi. Ingat surah Al-Asr? Janganlah rugi... masa dalam kereta bejam-jam balik kampung, daripada dok pasang lagu tah apa2 , isikan lah dengan mende yg manfaat mcm zikir ke, baca quran ke, berbual yg bermanfaat ke... sebab kalau mati masa dengar tah apa2, rugi la amat. kalau mati masa tengah baca quran ke, atau tengah berbicara mende yang bermanfaat, ok la gak kan...

Salam Aidilfitri dari saya & keluarga.


Antara perbuatan/sunnah Rasulullah dalam bermusafir ni
  • Rasulullah suka musafir pada hari Khamis dan bukan Jumaat. “Rasulullah s.a.w berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.” (Riwayat Bukhari)
  • Melantik ketua jika perjalanan 3 orang atau lebih.  “Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.” (Riwayat Bukhari)
  • Solat sunat musafir 2 rakaat sebelum bergerak. Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”
  • Membaca doa sewaktu keluar rumah, naik kenderaan. Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya.”
  •  Mula pergerakan waktu malam.  “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.” (Riwayat Abu Daud)

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!