Wednesday, May 2, 2012

Trip Kekawan ke UZBEKISTAN

menjejak sejarah khalifah Islamiyah di sini.
TASHKENT, BUKHARA, SAMARQAND

SEKILAS PANDANG
InsyaAllah. Uzbekistan memang menarik amat!!! Banyak tinggalan sejarah ketamadunan Islam di sana, negaranya bersih, orangnya peramah, cantik pula tu, dan banyak etnik (ada macam Western, ada mcm Turki, ada mcm Hindustan, yg mcm Cina/Tibet pun ramai gak)..

Memang UZBEKISTAN satu destinasi hampir wajib la untuk Muslim dari Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia la.. Rugi kalau tak pergi

TARIKH TRIP
  • 29 Mei - 5 Jun (cuti sekolah di Malaysia)


HARGA
  • USD1500/dewasa (>12 thn) 
  • USD1150/kanak-kanak (2-12 thn).   
  • USD200/baby (bwh 24 bln). umur di kira semasa tarikh berlepas
Harga termasuk

  • tiket penerbangan pergi balik (Tashkent <> KLIA) Uzbek Air
  • makan minum halal di Uzbekistan
  • transport (bas/van)
  • guide muslim yg boleh berbahasa Melayu, Inggeris & Uzbek.
  • penginapan hotel / homestay 2-3 bintang (twin/triple sharing)
  • visa pelawat (jika melebihi 15 peserta per trip). Jika kurang 15pax, USD50/visa
  • insurans Takaful Ikhlas utk peserta

Harga tak termasuk

  • Tips untuk guide dan pemandu
  • Lain-lain kos persendirian


BAYARAN
  • RM200 utk booking. (non refundable)
  • Baki bayaran 60 hari sebelum berlepas. 
  • Passport & dokumen lain serah 15 hari sblm berlepas.


BERMINAT. NAK BOOKING?
Sila daftar ONLINE di sini. (klik di sini)
jika tidak dapat download, sila berikan NAMA, ALAMAT, NO TELEFON anda dan email ke tripkekawan@yahoo.com

"two thumb up! the most great experience i ever had! uzbek baru, so lain feel dia! dry fruit dia layan bang.." Mohd Ridhwan, Ipoh



Menziarah maqam Imam Bukhari. di Samarqand. Cendekiawan Islam
dalam bidang hadis soheh yg tersohor. Alhamdulillah.

"The most memorable trip I ever had. Hope this ukhuwwah will never end here "  Nor Humairah, KL 
bukan setakat cantik tetapi amat praktikal. dlm masjid sejuk
mcm dlm aircond (tapi takda aircond) wpun di luar panas


utk bagi FEEL best lg, kita bawak makan di rumah tempatan
dan merasai real uzbekistan people hospitality & home cooked foods

tengok orang ke kedai? he he.. memang ramai lawa2 di sini
buahan memang banyak & fresh
"Satu pengalaman yang menakjubkan"  Pn Halimah & suami. Ipoh

"Kalau ada 6 bintang, nak je bagi. Tapi yang maksima 5 bintang.. 5 bintang! Alhamdulillah"  Hj Md Nor. Ipoh


"A trip to a country rich in Islamic history that opens our mind to the myriad of Islamic civilizations."  Hj. Salleh, Johor Bahru

Kami perkenalkan konsep HOMESTAY juga di Samarqand.
Alhamdulillah, depa kata terbaik.. better dari hotel! 
 "pergi jgn x pergi...Uzbek mmg best memang hebat..org ramah, muka bumi sgt cantik, bersih! sgt berbeza dr Malaysia, sejarahnya, dry fruit mmg best"  
Pn Junainah Bakin, KL

Kak Junainah kata "pergi jgn x pergi...Uzbek mmg best memang hebat..
org ramah, muka bumi sgt cantik, bersih! sgt berbeza dr Malaysia, sejarahnya,
dry fruit mmg best" 



ada SWISS of UZBEK kat sini woo.. cantik. Siap ada salji lagi.


ANTARA HIGHLIGHT TRIP UZBEK
  • Tengok Quran Mushaf Usmani asal yg ditulis di atas kulit rusa, sewaktu zaman Saidina Uthman. 4 salinan dibuat dan di agihkan ke empayar Islam. Salah satunya ke Tashkent. 
  • Strawberi jual macam buah rambutan, anggur jual dalam baldi,  tembikai yg besar & rangup.
  • Melawat "Caravan Saray" atau peninggalam "The Silk Road" , laluan pedagang zaman dahulu dan tamadunnya
  • Menziarah ketamadunan Islam dan madrasah serta masjid agung yang melahirkan pemikir hebat seperti Imam Bukhari
  • Menziarah "souk" , kehidupan, kedai dan bandar-bandar lama yang masih seperti 1000 tahun dahulu di Bukhara, Samarkand 


peta Uzbekistan



ITINERARI (8h6m)

HARI 1 . Kuala Lumpur > Tashkent 
Awal pagi berkumpul di KLIA 7am untuk flight Uzbekistan Airways ke Tashkent, Uzbekistan (7 jam non stop). InsyaAllah tengahari 2.45pm tiba di Tashkent. Makan tengahari kemudian ronda bandar Tashkent , menziarah Hadzrati Imam Complex (di mana terdapat Quran asal Mushaf Usmani yg ditulis di atas kulit rusa), Barakhan Madrasah, Muyi Madrasah, Masjid Djuma . Kemudian makan malam di restoran dan check in hotel.
Quran asal yg ditulis pd zaman Saidina Osman di
atas kulit Rusa



HARI 2. Tashkent / Samarkand 
Selepas sarapan, bertolak ke Samarkand (315km, 4jam). Melawat sekitar peninggalan tamadun Tamerlane, Ruhabad Museum, Registan Square, Madrasah Uhugbeg. Makan tengahari dan malam di restoran. Lewat petang check in hotel.
Antara kompleks masjid & lapangan
terbesar di Samarkand

HARI 3. Samarkand
Selepas sarapan, ronda sekitar Bazar Lama Samarkand (untuk beli belah cenderahati, buah-buahan & buahan kering - pistachio, kismis, anggur, strawberi, tembikai, almond) serta melihat budaya mereka. Selepas makan tengahari, melawat Masjid Bibi Khonum (Masjid terbesar di Asia Tengah), Kompleks Nabi Daniel dan Kompleks Shakizindah (di mana Khusam Ibnu Abbas, saudara Rasulullah dikebumikan). Makan malam dan kembali ke hotel.


HARI 4. Samarkand / Bukhara
Selepas sarapan, bertolak ke Bukhara (250km, 3 jam). Dalam perjalanan, melawat Kompleks Muzium Imam Al Bukhary. Perjalanan menggunakan jalan gurun Karakum dan melalui "Caravan Saray"(jalan the Silk Road pedagang dulu ke Asia) serta kota lama/peninggalan sepanjang perjalanan. Tiba Bukhara dan makan tengahari. Ronda sekitar Bukhara dan check in hotel, kemudian makan malam.
bazar dan kota di sini dan orangnya masih seperti zaman
1000 tahun dahulu.


HARI 5. Bukhara
Bandar Bukhara juga dikenalli sebagai "Bandar Ketamadunan Islam". Melawat Madrassah Abd Aziz Khan, Komplex Chor Minor, Masjid Kalon, Toki Telpaki-Furushan Kompleks (untuk membeli barangan tempatan & shopping). Selepas makan tengahari, melawat Masjid Bolo Hauz, Madrasah Devan Begi ( juga pertunjukan kesenian budaya tempatan di sini). Makan malam dan balik ke hotel.

HARI 6. Bukhara / Tashkent
Meronda bandar Bukhara. Jika berkesempatan akan ke Chimgan Mountain & Charvak Lake (dikenali sebagai Swiss of Uzbekistan) kerana pemandangannya yang indah. Selepas makan tengahari, bertolak kembali ke Tashkent. Ronda sekitar bandar Tashkent. Selepas makan malam, balik ke hotel.
HARI 7. Tashkent 
Selepas sarapan, melawat Amir temur Square, Muzium Uzbekistan, Independence Square. Selepas makan tengahari, melawat bazaar (mempunyai jualan bazar seperti zaman 1000 tahun dulu, tempat makan, taman dan air pancut). Selepas makan malam, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. 

HARI 8. Tashkent > Kuala Lumpur
InsyaAllah jangka tiba KLIA pada awal pagi dengan memori indah.


PAX : minima 12 orang, maksima 30 orang
KAWASAN LAWATAN : Tashkent, Bukhara, Samarkand (tertakluk kepada itinerari)



BERMINAT. NAK BOOKING?

Sila daftar ONLINE di sini. (klik di sini)
jika tidak dapat download, sila berikan NAMA, ALAMAT, NO TELEFON anda dan email ke tripkekawan@yahoo.com