Tuesday, October 22, 2013

EKSPEDISI GRAND 21 NEGARA (UK, EROPAH BARAT & TIMUR, BALKAN & TURKI) 34 hari

UK > FRANCE > BELGIUM > NEDERLAND > GERMANY > SWISS > ITALI > SLOVENIA > CROATIA > BOSNIA > MONTENEGRO > ALBANIA > MACEDONIA > GREECE > TURKI > BULGARIA > ROMANIA > HUNGARY > AUSTRIA > GERMANY > LUXEMBOURG > FRANCE




KONSEP TRIP
Ekspedisi Jelajah benua Eropah, Balkan & Turki bersama kekawan dengan memandu kenderaan (Guided Self Drive) di bantu oleh Pengurus Trip kami. Berbeza dari trip biasa kerana melibatkan negara2 yang agak berisiko tinggi dan perjalanan yang lebih mencabar. Kelana mencari tersurat dan tersirat untuk menjadi hamba Allah yang lebih hebat lagi insyaALlah.

TARIKH

  • 17 April - 20 Mei 2015. 
  • bermula di Birmingham UK. (17 April 12pm) 
  • habis trip jangka di Paris CDG Airport, (8am 21 Mei 2015). 
  • Ekspedisi jangka 34 hari. 


PESERTA

  • maksima 12 orang sahaja.
  • Peserta hendaklah mempunyai sifat2 yg layak untuk bersama ekspedisi ini.


Kriteria penting peserta trip ini ialah

  • Cekap memandu kenderaan manual dan pemanduan 3-5 jam sehari
  • Solat disiplin dan berakhlak baik (sabar, bantu membantu, teamwork)
  • Sihat tubuh badan dan bersifat mudah memberi bantuan & kerjasama
  • Mempunyai dana tambahan persendirian (reserve) jika join ekspedisi ini
  • Bersedia dan sabar jika berlaku perkara unexpected dlm ekspedisi ini
  • Menurut arahan ketua dan gerak kerja dalam kumpulan
  • Lelaki umur >20 thn diberi keutamaan. Wanita hanya diterima jika menemani suami/ayah yang ada dalam ekspedisi ini sahaja.


KOS GROUND
dari RM9450 / orang

Kos Termasuk

  • Penginapan Bajet (Bajet hotel/homestay/Apartment) twin/triple/quad sharing
  • Kenderaan kongsi 4 -8 orang per kenderaan
  • Insurans kenderaan asas di Eropah Barat & Timur
  • Breakdown coverage utk kenderaan di semua negara yg di lalui
  • Pengurus Tripkekawan sbg teamleader dalam perjalanan
  • GPS, Buku Perjalanan Detail, Map & walkie Talkie dlm setiap kenderaan
  • Feri UK > France


Harga tak termasuk

  • Tiket penerbangan ke Birmingham UK dan balik dari Paris CDG
  • Makan minum lain (samada kita masak sama2 atau makan di kedai halal, bayar sendiri) bajet dlm 350euro sorang
  • Kos minyak, tol, parking (kongsi kos ini bersama ahli kenderaan semasa trip) bajet dlm 650-750 euro sorang
  • Tiket bas/tren semasa di Turki (kita rehatkan kereta dan badan di Turki, naik bas & tren shj) bajet dlm 130 euro sorang.
  • Insurans kenderaan dan kos cross border ke sebahagian Eropah Timur, Turki dan negara Balkan (Bosnia, Macedonia, Croatia, Montenegro, Romania, Bulgaria, Turki, Albania). Bajet dalam 200euro seorang.
  • Tiket flight dari Istanbul ke Sanli Urfa (1 way) dlm 140euro sorang


Nota : Tiket Penerbangan pergi balik, kami akan advise in detail kepada peserta yang confirm sahaja.


PERJALANAN TRIP
HARI 1 (17 APR) - Tiba Airport Birmingham > London (2.5jam)
HARI 2 (18 APR) - London
HARI 3 (19 APR) - London > Calais (naik feri) > Paris (6 jam)
HARI 4 (20 APR) - Paris France
HARI 5 (21 APR) - Paris > Brussels > Bruges Belgium (4 jam)
HARI 6 (22 APR) - Bruges > Amsterdam (3 jam)
HARI 7 (23 APR) - Amsterdam (Kuekenhof Flower/Tulip)
HARI 8 (24 APR) - Amsterdam, Volendam, Zaans Schans
HARI 9 (25 APR) - Amsterdam > Luxembourg (3.5 jam)
HARI 10 (26 APR) - Luxembourg > Stuttgart (3.5jam)
HARI 11 (27 APR) - Stuttgart > Sinsheim > Interlaken Swiss (4.5 jam)
HARI 12 (28 APR) - Interlaken > Milan Itali (4 jam)
HARI 13 (29 APR) - Milan > Venice > Trieste > Ljubljana Slovenia (6 jam)
HARI 14 (30 APR) - Ljubljana > Zagreb Croatia (2 jam)
HARI 15 (1 MEI) - Zagreb > Jajce Bosnia > Sarajevo (6 jam)
HARI 16 (2 MEI) - Sarajevo Bosnia
HARI 17 (3 MEI) - Sarajevo > Mostar > Dubrovnik Croatia (4.5 jam)
HARI 18 (4 MEI) - Dubrovnik > Kotor Montenegro > Budva > Tirana Albania (5.5 jam)
HARI 19 (5 MEI) - Tirana > Ohrid Macedonia > Bitola (4.5 jam)
HARI 20 (6 MEI) - Bitola > Thessaloniki Greece > Alexandroupolis (6 jam)
HARI 21 (7 MEI) - Alexandroupolis > Istanbul Turki (4 jam)
HARI 22 (8 MEI) - Istanbul (naik tren awam)
HARI 23 (9 MEI) - Istanbul > Sanli Urfa (flight)
HARI 24 (10 MEI) - Sanli Urfa > Kahta (naik bas ekspres)
HARI 25 (11 MEI) - Kahta > Cappadocia (naik bas ekspres)
HARI 26 (12 MEI) - Cappadocia > Istanbul (naik bas lg)
HARI 27 (13 MEI) - Istanbul > Edirne > Burgas Bulgaria (5 jam)
HARI 28 (14 MEI) - Burgas > Bucharest > Sibiu Romania (9 jam)
HARI 29 (15 MEI) - Sibiu > Budapest Hungary (6.5 jam)
HARI 30 (16 MEI) - Budapest > Bratislava (3jam)
HARI 31 (17 MEI) - Bratislava > Vienna > Salzburg > Munich (6 jam)
HARI 32 (18 MEI) - Munich > Luxembourg (6.5 jam)
HARI 33 (19 MEI) - Luxembourg > Paris
HARI 34 (20 MEI) - Paris > trip tamat (flight balik)

JARAK PERJALANAN adalah dalam 13,800 km (termasuk perjalanan di Turki naik bas).


BERMINAT JOIN?
Jika anda memang berminat dan mempunyai kriteria yg sesuai, sila emailkan info anda (NAMA, ALAMAT, NO TEL) ke tripkekawan@yahoo.com

Bratislava Slovakia

Budapest Hungary
Ljubljana Slovenia

Ferrari Experience Maranello Italy


Venice Italy

Jungfrau Swiss
Mostar Bosnia

Sarajevo Bosnia

Sanli Urfa Turkiye


Istanbul Turkiye